• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Terima 234 Aduan Berkaitan GST

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah setakat ini menerima 234 aduan pengguna berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak dilaksanakan 1 April lepas.

Timbalan Pengarahnya, Khalid Tik berkata, daripada keseluruhan aduan itu sebanyak 26 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, kesalahan lain yang dilakukan oleh peniaga membabitkan 19 kes di bawah Akta Kawalan Harga sebanyak 19 kes, Akta Timbang dan Sukat (16 kes) dan masing-masing satu kes mengikut Ata Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna.

“Jumlah kompaun yang dikeluarkan terhadap 26 peniaga adalah bernilai RM4,500,” katanya kepada pemberita semasa melakukan pemantauan GST di sebuah pasar raya di sini bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, hari ini.

Khalid berkata, sebanyak 135 aduan dibuat pengguna menerusi sistem aplikasi e-aduan, panggilan telefon (63), aduan terus ke pejabat (32), e-mel (tiga) dan khidmat pesanan ringkas (SMS) (satu).

Pengarah Kastam Negeri, Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pihaknya akan turun padang bertemu dengan peniaga untuk memberi khidmat nasihat berkaitan dengan GST.

Beliau berkata, ini kerana ada peniaga terutamanya di luar bandar masih keliru dengan GST sehingga ada yang meletakkan harga barangan yang tinggi dan turut mengenakan caj GST sebanyak enam peratus sedang mereka tidak layak berbuat demikian.

“Apabila terima panggilan daripada pengguna berhubung GST, pihak kami akan terus ke kedai terbabit untuk siasat dan beri khidmat nasihat kepada mereka yang dalam proses peralihan sistem baharu itu,” katanya.

Katanya hasil perjumpaan dengan orang ramai yang membeli-belah di beberapa pasar raya sebelum ini mendapati mereka telah memahami konsep GST berbanding ketika GST mula diperkenalkan.

Bukan semua peniaga boleh mengenakan GST kepada pengguna kerana cukai itu hanya dikenakan ke atas perniagaan yang mencapai nilai jualan tahunan sebanyak RM500,000. – BERNAMA

Tags: GSTKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd