• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Di Mersing Ditemukan

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Mayat seorang lagi lelaki, yang hilang dibawa arus ketika memancing di Pantai Tanjung Resang, Mersing, dijumpai tidak jauh dari tempat mayat rakannya ditemukan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau Sulong Khaled berkata mayat Mat Sofian Che Haron, 23, ditemukan kira-kira 1 pagi tadi oleh anggota keluarganya yang berkampung di tepi pantai berkenaan untuk mencarinya.

“Setelah bomba menghentikan sementara usaha mencari dan menyelamat mangsa tengah malam tadi, sebahagian daripada anggota keluarganya nekad untuk mencari mangsa di pantai tersebut sebelum menemukan mangsa terdampar di sebuah bongkah batu di tepi pantai berkenaan,” katanya yang dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat Mat Sofian yang berasal dari Kampung Jawa, Rompin, Pahang dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, katanya.

Mayat rakannya Mohd Hanapiah Yusof, 43, dari Endau, Rompin yang turut hilang dihanyutkan arus deras dijumpai oleh pasukan anggota bomba kira-kira pukul 3 petang semalam.

Mat Sofian dan Mohd Hanafiah dikatakan datang ke pantai itu pada pukul 10.30 pagi semalam bersama-sama dua lagi rakan.

Kedua-dua mereka dan seorang lagi rakan kemudiannya memancing di atas batu besar kira-kira 80 meter dari pesisir pantai. Selepas memancing kira-kira dua jam, ketiga-tiga mereka mula menyedari bahawa mereka telah terperangkap di atas batu itu akibat air pasang dan kemudian berenang ke pantai dalam keadaan panik.

Bagaimanapun, menurut bomba seorang daripada mereka berjaya sampai ke pantai manakala dua orang lagi hilang dihanyutkan arus deras. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd