• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Mesti Tegas Hadapi Anjakan Kuasa Global

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Bekas Presiden Indonesia Prof Dr Susilo Bambang Yudhoyono menyeru negara anggota Asean agar lebih tegas bagi menjadikan kumpulan itu lebih berdaya tahan untuk menghadapi anjakan kuasa global.

“ASEAN mesti perlu menjadi lebih tegas sebagai entiti geopolitik dan geoekonomi.

Bagi setiap negara anggota ASEAN, ASEAN perlu menjadi bulatan dalaman pertama pada polisi luarnya.

“Keupayaan kita untuk mengekal ketegasan akan menjadikan ASEAN lebih berdaya tahan dalam menghadapi anjakan kuasa global, yang kita berharap akan lancar dan aman tetapi pada realitinya mungkin bergelora,” katanya dalam ucapan penerimaan selepas dianugerah Anugerah Felo Kehormat Ulung oleh Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS).

Upacara diadakan di institut berkenaan di sini yang dihadiri lebih 150 tetamu termasuk Menteri Komunikasi dan Maklumat serta Menteri Hal Ehwal Agama Islam Singapura, Prof Madya Dr Yaacob Ibrahim.

Semasa menyampaikan anugerah itu, Pengerusi Lembaga Amanah ISEAS, Profesor Wang Gungwu berkata: “Kita semua menyedari mengenai apa yang beliau capai semasa menjadi presiden Republik Indonesia, terutamanya kita berkongsi kebanggaan rakyat Indonesia dalam kejayaannya membina kedudukan antarabangsa Indonesia”.

Susilo yang merupakan penerima kedua Anugerah Felo Kehormat Ulung institut itu menilai anjakan kuasa global antara Amerika Syarikat dan China serta peningkatan kemunculan kuasa ekonomi lain.

Melihat bahawa Masyarakat Asean bakal muncul selepas Disember tahun ini, beliau berkata kerja keras adalah perlu bagi memastikan ASEAN ‘kuat di puncaknya dan padu di bawahnya’. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd