• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: LKIM Senarai Hitam Peniaga Naikkan Harga Ikan

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang sengaja menaikkan harga jualan ikan dengan alasan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak awal bulan ini.

Pengerusinya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan itu sebagai pengajaran kepada peniaga agar lebih bertanggungjawab terhadap perniagaan mereka.

“Perlu diingatkan, ikan segar tidak dikenakan GST. Jadi, jangan ada di antara peniaga yang menggunakan alasan tersebut bagi menaikkan harga,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian elaun sara hidup RM300 seorang kepada 305 orang nelayan di Kampung Pasir Gudang Baru, di sini hari ini.

Irmohizam, yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, pihaknya bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melakukan pemantauan berterusan bagi mengekang sebarang manipulasi oleh peniaga berikutan pelaksanaan GST.

Beliau berkata nelayan dan pengguna, dalam masa yang sama juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi diambil tindakan.

“Saya ada menerima maklumat secara terus mengenai kenaikan harga di beberapa pasar, bukan pasar tani. Saya lihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius kerana kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa dan akhirnya membenci dasar yang dilaksana kerajaan.

“Buat masa ini belum ada mana-mana peniaga yang disenarai hitam, namun, tindakan untuk menyenarai hitam ini adalah sebagai langkah pencegahan supaya para peniaga menjual ikan pada harga berpatutan kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, Irmohizam turut mengumumkan pembinaan tiga lagi pasar nelayan di negeri ini tahun ini termasuk di Kampung Pasir Gudang Baru, bagi memasarkan ikan segar kepada pengguna sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan pesisir pantai berkenaan.

Beliau berkata keseluruhannya, 50 pasar nelayan akan dibina di seluruh negara tahun ini dengan kos RM200,000 sebuah, selepas pembinaan 48 pasar nelayan di seluruh negara, tahun lepas.

Katanya, Kampung Pasir Gudang Baru yang terkenal dengan penternakan kupang juga berpotensi untuk dimajukan sebagai medan kupang bakar bagi menarik kehadiran penggemar makanan laut dan pelancong. – BERNAMA

Tags: GSTLKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd