• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Dedah Iran Bantu Pemberontak Houthi

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak akan berpeluk tubuh ketika Iran memberikan bantuan kepada kumpulan Syiah Houthi yang kini menguasai sebahagian besar Yemen, kata Setiausaha Negara, John Kerry kelmarin.

“Terdapat dan sememangnya ada penerbangan-penerbangan masuk dari Iran. Pada setiap minggu terdapat beberapa penerbangan dari Iran ke Yemen dan kami dapat mengesan dan mengetahuinya,” kata Kerry kepada saluran televisyen PBS.

“Iran perlu maklum bahawa AS tidak akan berpeluk tubuh melihat rantau Arab kacau-bilau atau apabila terdapat pihak yang terlibat dalam perang rahsia dengan melintas sempadan antarabangsa dan menyusup masuk ke negara lain,” tambahnya.

Sebelum ini, pakatan negara Sunnah yang diketuai Arab Saudi dan disokong AS telah melancarkan kempen serangan udara terhadap pemberontak Houthi dalam usaha untuk mengembalikan kuasa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Pemberontakan Syiah Houthi memaksa Abd-Rabbu meninggalkan Yemen.

Militia Houthi yang merampas sebahagian besar kawasan di Yemen termasuk ibu kotanya, Sannaa membuat pakatan dengan pasukan keselamatan yang masih setia kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh.

Beliau digulingkan semasa kebangkitan rakyat di rantau Arab pada 2012 yang dikenali sebagai Arab Spring.

Riyadh menuduh Teheran yang merupakan kuasa terkuat Syiah sebagai menyokong pemberontak Houthi. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=4X-uTrnmbA0

Tags: Amerika SyarikatIran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd