• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Dijangka Dapat Sokongan Penuh 8 Kawasan Pas T’ganu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kesemua lapan kawasan PAS di Terengganu dijangka memberi sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengekalkan jawatan presiden parti itu, kata Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat.

Beliau berkata pada masa ini, hanya PAS Kawasan Besut yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan, dengan menyatakan sokongan dan pendirian bahawa konsep kepimpinan ulama yang menjadi teras kepada kepimpinan parti itu sejak 1982, harus dipertahankan.

“Saya yakin lapan kawasan (PAS) ini akan beri sokongan padu sebab Presiden PAS pun dari Terengganu…tidak munasabah beri isyarat ‘menolak’. Kalau ada pun, (pencalonan jawatan) timbalan dan naib presiden, adalah atas hak perwakilan kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tujuh lagi kawasan yang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan masing-masing ialah Hulu Terengganu pada esok, diikuti Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman pada 18 April serta Marang dan Dungun pada 25 April.

Dalam perkembangan berasingan, Satiful berkata Badan Perhubungan PAS Terengganu kini bersiap sedia untuk menggerakkan jentera kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Rompin di Pahang.

“Kita akan tunggu keputusan yang akan dikeluarkan PAS Pusat nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd