• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shell Malaysia Lahirkan Keyakinan Pada Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Shell Malaysia melahirkan keyakinan berterusan pada Malaysia sebagai pasaran penting kepada syarikat itu, dan menyatakan ia negara paling berjaya bagi cari gali Shell Group.

Pengerusinya Iain Lo berkata walaupun lanskap ekonomi global mencabar dan harga minyak mentah yang rendah pada masa sekarang, syarikat itu berjaya melaksanakan dan menyertai 10 penemuan, semasa rancangan cari galinya daripada pertengahan 2013 hingga 2014.

“Operasi gas kami di Sarawak membekal gas kepada loji gas-ke-cecair (GTL) dan kami mengeluarkan lilin gred tinggi terbersih di dunia yang dieksport kepada lebih 50 buah negara di seluruh dunia.

“Rangkaian lilin khusus dari operasi di Sarawak kami adalah komponen utama dalam pelekat, daripada gincu sehingga dakwat toner,” katanya dalam ucapannya ketika merasmikan pejabat baharu Shell Malaysia di Menara Shell, di sini, hari ini.

Shell, pada masa ini, sedang membangunkan usaha laut dalam keduanya bagi lapangan minyak Malikai, 100 kilometer di luar pesisir Sabah, Malaysia.

Lo berkata pembangunan Malikai akan memerlukan 17 telaga yang digerudi pada kemudahan pengeluaran ‘Tension Leg Platform’ (TLP) 23,500 tan, dan ia merupakan yang pertama direka dan dipasang di Malaysia.

“Shell beroperasi di Malaysia sejak 120 tahun yang lalu dan masih banyak peluang untuk syarikat menyumbang kepada negara.

“Pelaburan, inovasi, dan sumbangan kami kepada setempat terus menyokong aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi,” tambahnya.

Menara Shell merupakan pejabat Shell pertama di Asia Pasific yang akan melaksanakan panduan dan prinsip rekabentuk baharu bagi rekabentuk dan pelan tempat kerja mengikut program “Connect” Shell Group.

Program itu menyatukan kesemua amalan terbaik jabatan hartanah, sumber manusia, dan teknologi maklumat Shell untuk dijalinkan dengan kakitangan, tempat dan teknologi bagi menyediakan tempat kerja yang penuh semangat, bertenaga, menarik serta produktif. – BERNAMA

Tags: Shell
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Russia Henti Salur Bekalan Gas Kepada Shell

02/06/2022
0

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada gergasi minyak dan gas, Shell dijamin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd