• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hampir Ditipu, ‘Bank’ Telefon Minta Butir Peribadi

oleh AK-47
10/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita mendakwa hampir ditipu oleh ‘kakitangan bank’ palsu yang cuba memperdaya dengan mendapatkan butir-butir peribadi termasuk nombor kad ATM bagi mengakses akaun bank miliknya.

Cubaan menipu ini diceritakan mangsa melalui aplikasi whatsapp kepada rakannya yang kini tersebar.

Hasilnya ramai mendakwa mereka turut melalui pengalaman hampir ditipu menggunakan modus operandi sama.

IMG_9046.PNGWM

IMG_9047.PNGWM

Cerita wanita ini, dia dihubungi oleh seseorang dari bank tertentu, menyatakan dia mempunyai hutang kad kredit namun dakwaan itu disangkal kerana dia tidak mempunyai sebarang kad kredit.

Pemanggil tersebut kemudiannya mendakwa kemungkinan data peribadinya telah bocor membuatkan ada individu menggunakan namanya untuk membuat kad kredit.

Bagi memantapkan cerita, tak lama kemudian mangsa dihubungi seseorang kononnya dari bank negara lalu memintanya memberikan butir-butir peribadi sehingga mendatangkan kemusykilan wanita terbabit yang meminta masa kepada pemanggil berkenaan.

Mangsa segera menghubungi CIMB untuk bertanya jika namanya terdapat dalam rekod salah seorang pengguna kad kredit bank berkenaan namun dinafikan, sekaligus menjawab telahan bahawa dirinya sedang cuba diperdaya.

Sehubungan itu, wanita tersebut membuat laporan polis berkaitan cubaan menipu tersebut.

Mujurlah di zaman sekarang pengguna semakin bijak dan tak lagi mudah ditipu menerusi telefon seperti dahulu kan?

Bagi kami inilah gunanya cerita-cerita penipuan begini disebarkan, jadi ramai yang akan lebih berhati-hati bila melalui pengalaman sama.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: kad kreditPenipuanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd