• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Rotan Di Sekolah Masih Relevan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan pelajar, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Komander (Kehormat) Hashim Adnan.

Katanya, walaupun banyak negara khususnya di barat sudah memansuhkan hukuman rotan di sekolah, dalam konteks negara-negara di timur termasuk Malaysia, hukuman rotan di sekolah masih diperlukan.

“Kita berharap, kalau dapat, kita teruskan juga hukuman rotan ini tetapi secara berhemahlah, bukan sesuka hati…merotan itu bukan sewenang-wenangnya. Ia perlu dijalankan secara profesional dan setelah berkali-kali amaran dikeluarkan. Kalau bimbingan dan pendekatan psikologi masih tak jalan barulah rotan.

“Itu pun bukan kita sesuka hati guna rotan. Bukan sampai cedera. Kalau boleh bahagian yang perlu dirotan ialah di bahagian punggung sahaja,” katanya kepada Bernama selepas menjadi panelis Dialog Polisi dan Libat Urus Awam: Hukuman Rotan Terhadap Murid Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan di Universiti Malaysia Sabah, hari ini.

Menurut Hashim menangani masalah disiplin di kalangan pelajar seperti ponteng dan melepak pada masa persekolahan memerlukan ketegasan pihak sekolah termasuk menggunakan hukuman rotan bagi memastikan pelajar tidak sewenang-wenang melanggar peraturan sekolah.

Katanya, sekiranya masalah disiplin tidak ditangani secara bijaksana dikhuatiri ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekali gus boleh menjejaskan prestasi pendidikan anak bangsa yang merupakan pewaris generasi masa depan Malaysia.

Hashim berkata, untuk melahirkan generasi yang baik dan berguna kepada negara, didikan perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi, kerana kegagalan pendidikan generasi baharu di sekolah boleh menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat di kemudian hari.

“Hari ini 75 peratus daripada guru di Malaysia adalah wanita. Guru lelaki sedikit sahaja. Kalau guru lelaki sikit bagaimana nak tangani pelajar-pelajar lelaki (bermasalah). Pelajar perempuan tidak seteruk pelajar lelaki (dari segi disiplin),” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=yJ_5MEwht2g

Tags: pelajarrotan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd