• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Ketika Berbalas Tembak Dengan Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bertindak nekad untuk lari daripada pemeriksaan polis, maut dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota polis di Gombak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian itu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah mengekori sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih dipandu seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sungai Tua, Gombak, pada 1.20 pagi.

Ali berkata ketika anggota polis cuba menghampiri kereta itu untuk melakukan pemeriksaan tetapi suspek secara tiba-tiba memecut laju kereta dipandunya itu menyebabkan pasukan polis mengejarnya dan cuba menahan kereta berkenaan sambil memberi amaran supaya berhenti.

“Namun suspek yang memandu kereta itu enggan berhenti dan cuba merempuh kenderaan anggota polis secara berbahaya.

Apabila sampai di jalan menghala ke Ulu Yam, kereta dipandu suspek telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan. Suspek telah keluar dari kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan dan salah satu tembakan mengenai baju kalis peluru yang dipakai salah seorang anggota polis.

“Demi mempertahankan diri dan pasukan, salah seorang anggota polis membalas beberapa das tembakan ke arah suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ali berkata polis kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas suspek yang ketika itu telah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama sepucuk pistol jenis Smith & Wesson berkaliber .22, yang ditemui berhampiran tangan kanan suspek.

“Hasil pemeriksaan awal butiran diri suspek mendapati suspek yang berusia 30 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan berasal dari Johor,” katanya menambah kereta dipandu suspek dilaporkan hilang di Kepong. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd