• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Keluarkan 3 Notis Kepada Peniaga Restoran Naikkan Harga

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah telah mengeluarkan tiga Notis 21 kepada peniaga restoran sekitar ibu negeri kerana menaikkan harga makanan dan minuman di premis mereka ketika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan.

Pengarahnya Severinus Tukah berkata notis itu dikeluarkan ketika operasi Anti Pencatutan GST(Op Catut-GST) yang keenam diadakan pada Isnin dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah.

Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) merupakan notis KPDNKK kepada peniaga yang didapati menaikkan harga barangan atau perkhidmatan.

“Dengan pengeluaran notis itu, peniaga hendaklah melengkapkan butiran maklumat dalam notis dan mengembalikannya kepada KPDNKK dalam tempoh tiga hari dari tarikh notis dikeluarkan dengan menyatakan sebab serta dokumen sokongan tanpa gagal,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Severinus berkata pada operasi hari keenam itu, pihaknya bersama JKDM Sabah telah menjalankan pemeriksaan sebanyak 1,150 di seluruh negeri yang antara lain membabitkan pemborong, peruncit, pasaraya besar, kedai runcit dan restoran. – BERNAMA

Tags: GSTKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd