• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyOrganic Galak Penerimaan Terhadap Produk Organik

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) yang dilancarkan pada 2003 dijenamakan semula sebagai MyOrganic bagi menggalakkan penerimaan pengguna terhadap produk organik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bertujuan meletakkan produk organik di bawah satu jenama merangkumi subsektor tanaman, ternakan dan akuakultur.

“SOM yang diperkenalkan Jabatan Pertanian hanya menumpukan produk pertanian organik berbanding MyOrganic yang lebih komprehensif kerana turut meliputi sektor penternakan haiwan dan perikanan yang diusahakan menerusi kaedah organik.

“Dengan penglibatan Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan dalam MyOrganic, kami yakin permintaan terhadap produk organik yang semakin meningkat dapat dipenuhi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan penjenamaan semula MyOrganic di kementeriannya di sini Isnin.

Beliau berkata walaupun pensijilan organik bagi sektor ternakan dan akuakultur dikeluarkan jabatan masing-masing, MyOrganic tetap menekankan aspek serupa iaitu bebas bahan kimia, memelihara alam sekitar dan mengutamakan keselamatan pekerja sebelum sektor berkenaan diberi penarafan organik.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sehingga kini Jabatan Pertanian memiliki 136 ladang yang mendapat pensijilan SOM, namun penawaran terhadap produk organik dari ladang-ladang tersebut di seluruh negara masih belum mencukupi berbanding permintaan di pasaran.

Beliau berkata 33 daripada jumlah ladang itu mengusahakan tanaman buah-buahan, 44 sayur-sayuran, tiga untuk tanaman padi dan selebihnya mengusahakan produk pertanian lain antaranya cendawan serta herba.

Katanya kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna tentang kelebihan produk itu serta beberapa pasar raya besar menyediakan bahagian khas menjual produk organik merupakan antara sebab peningkatan terhadap produk tersebut.

Ismail Sabri berkata penghasilan produk organik melibatkan sektor ternakan dan akuakultur telahpun dimulakan, cuma perusahaan tersebut belum diberi pensijilan organik.

“Pengusaha perlu memenuhi syarat yang agak ketat kerana sebelum diberi sijil, mereka perlu melalui proses semakan dan audit bagi memastikan perusahaan itu memenuhi kriteria pensijilan yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd