• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Satu Bentuk Keadilan Sosial – Mufti Kelantan

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu bentuk keadilan sosial, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Mohamad Shukri berkata, masyarakat membuat kesilapan apabila mengatakan cukai baharu itu tidak dibenarkan di dalam Islam dan hanya zakat yang boleh dikenakan.

“Masyarakat selalu memikirkan hanya zakat sebagai satu cara untuk membangunkan negara, tetapi mereka lupa satu perkara – zakat hanya untuk lapan asnaf dan tidak boleh digunakan untuk membina jalan raya atau bangunan.

Oleh kerana itu pada Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-106 merumuskan undang-undang pelaksanaan cukai itu adalah harus,” beliau memberitahu pemberita ketika ditemui di pejabat beliau di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Mohamad Shukri mengulas pelaksanaan GST bermula 1 April lepas yang mengakibatkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang memandangnya sebagai satu beban baharu.

Beliau berkata kedua-dua zakat dan cukai menyumbang kepada sistem kewangan negara dan mampu mempertahankan keadilan sosial dalam pengagihan kekayaan kepada masyarakat.

“Menurut syarak pelaksanaannya (GST) adalah harus tetapi ia tidak boleh menimbulkan salah faham, salah laku dan eksploitasi apabila dilaksanakan.

Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk mengelak perkara negatif daripada berlaku semasa pelaksanaan (GST) dan pada masa yang sama boleh membantu pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.

Kutipan GST pada kadar enam peratus berkuatkuasa mulai 1 April lepas dengan pengecualian kepada banyak barangan keperluan asas. Ia dilaksanakan sebagai pengganti cukai jualan 10 peratus dan enam peratus cukai perkhidmatan. – BERNAMA

https://youtu.be/89i7siVA1so

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd