• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Punyai Jadual Ketat Sempena Lawatan 3 Hari Di Jakarta

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai jadual ketat sempena lawatan kerja tiga hari di Indonesia mulai Selasa depan.

Menurut atur cara yang dikeluarkan Wisma Putra, sejurus tiba pada petang Selasa, beliau akan menghadiri majlis makan malam bersama 400 rakyat Malaysia di Jakarta di sebuah hotel terkemuka di sini.

Pada keesokannya Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan dan Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi, Muhammad Nasir.

Beliau kemudiannya dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum bertemu dengan rakan sejawatnya Jusuf Kalla dan menyertai majlis makan tengah hari bersama Naib Presiden Indonesia itu.

Pada sebelah malamnya, beliau akan bertemu ahli-ahli perniagaan Malaysia anjuran Kamar Dagang dan Industri (Kadin) di Jakarta.

Pada Khamis, Muhyiddin dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis Muzakarah Ulama dan Pendakwah Malaysia-Indonesia.

Muzakarah bertemakan ‘Kesepakatan Ummah Malaysia-Indonesia Dalam Menangani Gejala Ekstremisme’ itu akan dihadiri oleh 60 ulama dari kedua-dua buah negara.

Dua kertas kerja akan dibentangkan pada muzakarah tersebut iaitu oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri dan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) Prof Dr Din Syamsuddin.

Pada sebelah petang, hari terakhir lawatannya itu, beliau dijadual menghadiri perjumpaan dengan Ketua-Ketua Pengarang Media Indonesia sebelum berlepas pulang ke tanah air. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanpa Konflik Geopolitik Pun Ada  Projek Tersasar Dari Jadual

Tanpa Konflik Geopolitik Pun Ada Projek Tersasar Dari Jadual

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Mohd. Akmal Nasrullah Mohd Nasir melahirkan kekesalan kerana terdapat projek pembangunan yang tersasar dari jadual...

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd