• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ditahan Dalam Ops Roda Khas Di Sitiawan

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Polis menahan dua lelaki masing-masing atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan tidak mempunyai dokumen perjalanan pada Ops Roda Khas di kawasan perindustrian Kampung Acheh di sini, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata kedua-dua mereka berumur lingkungan 20-an dan seorang daripadanya warga Banglades.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita dalam operasi berkenaan.

Mohd Zailan berkata dalam operasi yang dijalankan selama tiga jam bermula 8 malam itu, polis memeriksa 800 motosikal dan mengeluarkan sebanyak 54 saman atas pelbagai kesalahan.

“Kita mengeluarkan 54 saman atas pelbagai kesalahan termasuk membabitkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan serta ubah suai motosikal secara haram dan daripada jumlah itu sebanyak 47 motosikal disita,” katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan tertumpu kepada penunggang dan pemilik motosikal bagi memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan tidak menyalahi undang-undang.

“Ini berikutan peningkatan kes kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini di daerah Manjung, iaitu sebanyak 191 kemalangan dengan 16 kes kemalangan maut.

Menurutnya, Ops Roda itu juga dijalankan bagi memantau aktiviti kecurian motosikal di daerah Manjung.

“Kawasan ini juga merupakan antara kawasan yang mempunyai laporan kecurian motosikal paling tinggi di Manjung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mat Rempitpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd