PENYANYI dan komposer popular, Pharrell Williams sekali lagi bekerjasama dengan jenama sukan terkemuka dunia, Adidas menghasilkan koleksi kasut kasual terbaharu, ‘Supercolor Superstar Pack’ yang dilancarkan, baru-baru ini.
Yang menariknya, koleksi ini didatangkan dalam 50 variasi warna yang penuh ceria dan berwarna-warni serta kesemuanya merupakan warna pilihan penyanyi berusia 43 tahun itu sendiri.
Sebelum ini, Pharrell yang popular dengan lagu Happy pernah berkolaborasi dengan Adidas menerusi koleksi ‘Stan Smith Tennis Pack’ dan ‘Stan Smith Polka Dot Pack’.
Supercolor Superstar Pack merupakan hasil rekaan Pharrell sendiri mengikut citarasanya yang terkenal dengan imej stylo dan quirky di kalangan peminat setianya.
“Dengan 50 warna yang ditawarkan, setiap orang boleh pilih warna kegemaran mereka sendiri. Ianya lebih banyak pilihan daripada mana-mana koleksi kasut yang pernah ditawarkan sebelum ini,” katanya.
Dalam banyak-banyak warna menarik ini, yang mana satu menjadi pilihan hati anda ya? Rambang mata dibuatnya!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
https://www.youtube.com/watch?v=zMRWID3lhOA



