• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasport Lama Bekas Pemain MU Dijual RM27 Ribu

oleh
03/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Walaupun tidak banyak bermain kerana sering dibelenggu masalah kecederaan, ramai terkejut apabila pasport milik bekas pemain kelab Manchester United (MU) dan pasukan kebangsaan England, Paul Andrew Parker, amat mahal harganya.

Beliau yang kini berusia 50 tahun telah menjual dokumen perjalanan antarabangsanya itu menerusi laman lelongan terkenal eBay sejak awal Mac dan berjaya dibida seorang pembeli dirahsiakan pada harga tertinggi selepas ditutup pada 31 Mac.

Menurut akhbar-akhbar Britain, pasport yang sudah tamat tempoh tersebut tetapi masih baik dan lengkap tertera dengan cop pejabat imigresen London bertarikh 15 Februari 1985 itu dijual pada harga mencecah 5,000 pound (RM27,399)

Parker bersempatan bermain untuk kelab elit MU dari 1991 sehingga 1996, namun dia akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Derby County setelah sering dilanda isu kecederaan dan gagal pula menyerlah aksinya dengan pemain lain.

Pada 1997, Parker menyertai Chelsea tetapi, kerjaya bola sepaknya tidak lagi cemerlang bahkan hanya bermain sebanyak empat perlawanan sebelum akhirnya berpindah lagi ke kelab tidak ternama, Heybridge Swifts pada 1998.

Sebelum menyertai MU, Parker sebenarnya pernah tampil dalam pasukan kebangsaan England ketika melawan Albania pada 1989 bahkan telah bermain 19 kali di peringkat antarabangsa dengan skuad The Three Lions itu.

Dilahirkan pada 4 April 1964 di West Ham, London, Parker memulakan karier dalam bola sepak sejak 1982 dengan bermain sebanyak 153 perlawanan menerusi kelab Fulham sebelum berhijrah ke Queens Park Ranger pada 1987.

Setelah bersara sebagai pemain profesional, dia mengurus kelab Chelmsford City pada 2001 serta pernah menjadi pengulas untuk saluran ESPN Star Sports, Astro Super Sport dan Channel NewsAsia Singapura. – Agensi/A.AMREE

Tags: bola sepakEnglandManchester UnitedPASPORT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd