• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan 82 Warga Asing Di Kuala Nerang

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 82 pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Ops Sapu di dua lokasi di Kuala Nerang awal hari ini, kata pengarahnya Mohamad Yusri Hashim.

Menurutnya, operasi bermula 1.40 pagi tadi itu telah memeriksa lima rumah di Taman Desa Kenanga, Jalan Kuala Nerang, di sini dan menahan 12 lelaki warga Pakistan.

“Dalam pemeriksaan kedua di rumah pekerja ladang di Ladang Bukit Setapang, Jalan Sintok, kita telah menahan 44 lelaki Indonesia, 22 (India) dan empat warga Myanmar, menjadikan kesemua 82 warga asing ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beberapa warga asing yang sedang nyenyak tidur cuba melarikan diri namun gagal kerana lokasi kediaman mereka dikepung oleh pegawai dan anggota Imigresen.

Menurut Mohamad Yusri, pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(pindaan 2002) kerana tiada dokumen dan pas yang sah untuk tinggal di negara ini.

Katanya kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik.

Beliau juga berkata, 98 warga asing terdiri daripada 96 lelaki dan dua wanita berumur 17 hingga 50 tahun yang ditempatkan di Depoh Imigresen Belantik, Sik telah dihantar pulang ke negara masing-masing bermula hari ini.

Katanya, 76 warga Bangladesh, Vietnam (lima), Myanmar (enam), Pakistan (3), India (satu), Sri Lanka (satu), Kemboja (lima) dan Filipina (satu) yang telah selesai menjalani hukuman di Penjara Alor Setar, Pokok Sena dan Sungai Petani telah dihantar pulang ke negara mereka.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman penjara sebulan hingga empat tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(pindaan 2002) kerana tiada dokumen dan pas yang sah untuk tinggal di negara ini, katanya.

Katanya, kos penghantaran ditanggung oleh warga asing itu sendiri dan sekiranya mereka tidak berkemampuan, pihak kedutaan mereka akan menguruskannya. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd