• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akui Hadapi Masalah Dalaman – Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – PAS akhirnya mengakui bahawa parti itu mempunyai masalah dalaman biarpun pemimpin tertinggi parti itu kerap menidakkan ketidaksefahaman dalam kalangan pemimpin dan ahli mereka.

Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu, berkata semua individu atau organisasi mempunyai masalah dalaman masing-masing.

“Memang… semua ada masalah sendiri. You (merujuk kepada wartawan) pun ada masalah sendiri. Kita semua ada masalah.

“Tetapi kita sering kali dapat menyelesaikan masalah kita dengan baik,” katanya ketika ditanya mengenai pergolakan dalaman parti Islam itu yang sejak akhir-akhir ini dilihat semakin pincang berikutan perbezaan pendapat di kalangan pemimpin parti berhubung kemelut Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai beberapa pemimpin tertinggi PAS yang dilihat seakan-akan mabuk kuasa, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sesebuah parti dan kumpulan.

“Saya x sebut mabuk kuasa… tidak. Sudah tentu perbezaan pendapat wujud dalam sesebuah parti dan kumpulan. Itu perkara biasa.

“Memang tanggungjawab saya mengingatkan setiap ahli parti. Itu tanggungjawab saya sebagai pemimpin utama,” katanya. – BH Online

Tags: Mat SabuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd