• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Bakal Lalui Sistem Percukaian Baharu Esok

oleh AK-47
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Ayu Delita Pendek

KUALA LUMPUR — Bermula esok Malaysia bakal menyertai 169
negara di dunia yang telah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke
arah sistem percukaian yang lebih adil dan efisien.

Dengan perkembangan itu, Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10
negara ASEAN yang melaksanakan CBP.

CBP berkadar enam peratus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan
sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam
kalangan negara ASEAN.

CBP mampu membantu negara mencapai lebihan bajet menjelang 2020 dengan
kerajaan dijangka mengutip RM23.1 bilion hasil cukai tahun ini dan RM32 bilion
hasil pada 2016.

Hasil yang diperoleh itu kemudian akan dikembalikan kepada rakyat bagi
melaksanakan projek-projek untuk manfaat rakyat menerusi pembangunan dan
penyediaan infrastruktur sosial.

Kerajaan tetap komited memastikan CBP tidak membebankan rakyat terutama
golongan berpendapatan rendah dengan mengecualikan CBP antaranya bagi barangan
makanan asas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam di
samping jumlah tertentu penggunaan bekalan air dan elektrik.

Bagi membantu pengguna mengetahui senarai barangan tidak dikenakan CBP atau
dikenakan CBP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) menerbitkan enam buku panduan harga pengguna mengikut zon mengandungi
senarai harga barang yang turun, kekal dan naik susulan pelaksanaan CBP.

Ia boleh diperolehi secara percuma di ibu pejabat dan di pejabat KPDNKK
setiap negeri atau memuat turun dari laman web http://ebook.kpdnkk.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian
hotline 1-300-888-500 atau 03-8882211 untuk mendapatkan sebarang penjelasan
lanjut berhubung CBP.

Hanya peniaga berdaftar dengan CBP berhak mengenakan cukai itu dan semakan
senarai premis perniagaan tersebut boleh dibuat di laman web
http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemak-status-gst.

Sebarang aduan pula boleh dibuat melalui hotline Jabatan Kastam atau di
laman web http://aduan.customs.gov.my atau kepada KPDNKK di talian hotline
1-800-886-800 atau 03-88826245 dan 03-88826088.– BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd