• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Bantah Penahanan Editor The Malaysian Insider

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan polis menahan kakitangan portal berita The Malaysian Insider berikutan penyiaran artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan hudud.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mendakwa, tindakan itu merupakan satu sekatan demokrasi dan kebebasan media negara ini yang memainkan peranan penting untuk proses sekatan dan imbangan.

“Tugas media dalam sesebuah demokrasi ialah untuk melaporkan berita dengan bebas dan tanpa rasa takut. Daripada laporan-laporan ini, orang ramai akan dapat melihat sendiri perjalanan pentadbiran sesebuah negara – sama ada semua berjalan lancar atau wujud kepincangan dan ketirisan.

“Rakyat kemudiannya mampu membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan pemerintah atau untuk mengubah hala tuju negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mereka yang ditahan polis terbabit ialah tiga editor The Malaysian Insider Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong serta Ketua Pgawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, Ho Kay Tat.

Pada Rabu minggu lalu, The Malaysian Insider telah menerbitkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan Hudud, lantas ia tidak boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Sehari selepas itu, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat satu laporan polis bagi menyangkal fakta yang dinyatakan artikel berkenaan.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd