• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derma Organ: Kempen ‘YB Jom Ikrar!’ Di Parlimen

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang mengadakan kempen ‘YB Jom Ikrar’ di Bangunan Parlimen selama seminggu bermula hari ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada anggota Parlimen mengenai derma organ.

Ketua Unit Perkhidmatan Transplan, Bahagian Perkembangan Perubatan Dr Hirman Ismail berkata kempen itu juga bagi menggalakkan anggota Parlimen mendaftar sebagai pengikrar derma organ secara sukarela sekaligus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

“Setakat ini sambutan agak perlahan namun kita jangkakan setelah diuar-uarkan kepada anggota parlimen, mereka akan datang ke kaunter kita bersempena persidangan Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Menurut Dr Hilman, tiga kaunter dibuka iaitu di kafeteria awam, kafeteria VVIP dan di bahagian belakang dewan persidangan.

“Kita dibantu tujuh pegawai terdiri daripada empat doktor, dua paramedik dan seorang jururawat yang sentiasa berada di kaunter bermula 8 pagi sehingga 5 petang sepanjang berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat kali ini,” katanya.

Beliau berkata kaunter itu akan dibuka semula apabila mesyuarat Dewan Negara bermula pada 20 sehingga 27 April depan.

Dr Hilman berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi anggota Parlimen pertama berikrar menderma organ sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar Perlis.

“Hari ini Datuk Seri Shahidan sekali lagi berikrar. Malah beliau turut mengajak kesemua anggota Parlimen lain mengunjungi kaunter kami bagi mendapatkan maklumat dan sama-sama berikrar menderma organ,” katanya.

Ikrar menderma organ bererti seseorang melahirkan hasrat menderma organ selepas meninggal dunia namun seseorang individu perlu memaklumkan kepada anggota keluarga terdekat sebelum berikrar.

Berdasarkan Akta Tisu Manusia 1974, Dr Hilman berkata hanya anggota keluarga terdekat berhak memberi kebenaran untuk derma organ pengikrar yang telah meninggal dunia.

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ.

Pusat Sumber Transplan Nasional ditubuhkan di Hospital Kuala Lumpur 18 tahun lepas dan sehingga Februari tahun ini sejumlah 291,311 orang telah berikrar menderma organ.

Daripada jumlah itu, Dr Hilman berkata 47 peratus pengikrar terdiri daripada kaum Cina, 25 peratus (Melayu), 24 peratus (India) dan 4 peratus (lain-lain).

Katanya bagi tempoh sama juga, lebih 500 rakyat Malaysia yang meninggal dunia telah menderma organ iaitu 59 peratus dari kaum Cina, 27 peratus (India), lapan peratus (lain-lain) dan enam peratus (Melayu).

“Ikrar derma organ ini memberi sinar harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenderma organ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd