• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ke Tali Gantung Akhirnya

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang perunding teknologi maklumat, tiga tahun lepas.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Mohd Naim Ramli, 27, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim berpuas hati bahawa keterangan saksi ke-13 pendakwaan (SP13), Abdul Hazim Fazalul Rahman yang merupakan rakan sejenayah tertuduh adalah benar, jelas dan telus tanpa menyembunyikan peranannya (SP13) dalam kejadian itu.

Beliau juga mendapati saksi itu tidak mereka dan menyembunyikan fakta semasa memberi keterangan.

“SP13 berjaya menyakinkan mahkamah akan insiden yang berlaku, tambahan pula keterangannya turut disokong saksi-saksi lain. Jika tiada sokongan pun keterangannya pun sudah kuat dan justeru mahkamah berpendapat SP13 ialah saksi yang boleh dipercayai.

Sementara pembelaan tertuduh pula hanya lebih kepada penafian semata-mata.

Penafian tanpa disokong bukti lain yang konkrit bukan satu pembelaan yang kukuh dan pembelaan tertuduh tidak mampu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Halim memutuskan satu-satunya hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh digantung di leher sehingga mati.

Mohd Naim didakwa membunuh Loh Min Lee, 36, di rumah No 53, Jalan Putra Perdana 2/22, Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini, pada pukul 4.15 pagi, 7 Disember 2012.

Laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat benda tumpul.

Sebanyak 22 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Halim Ashgar Mohd Hilmi. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=FB6vEbD41Lo

Tags: hukuman matilelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd