• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Tapisan Keselamatan Kesan Penjawat Awam Terlibat IS

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengarahkan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri melakukan ujian tapisan keselamatan terhadap kakitangan bawah seliaan mereka bagi mengesan sebarang penglibatan dalam aktiviti militan IS.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan dengan segera dan secara berterusan kerana ancaman IS tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana pada awalnya ia melibatkan pemikiran.

“Saya yakin ada ancaman itu kerana mereka mungkin bersimpati dengan perjuangan IS. Oleh itu, saringan keselamatan ini penting kerana kami tidak mahu ada pegawai atau kakitangan kerajaan dan agensi negeri ini terlibat dalam fahaman ini kerana ia boleh mengancam keselamatan masyarakat dan juga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taklimat keselamatan dan ancaman gerakan militan IS di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, Isnin.

Taklimat dihadiri kira-kira 1,000 pelajar universiti awam dan swasta itu disampaikan Ketua Penolong Pengarah bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Rosli Abas.

Idris berkata tapisan itu boleh dimulakan dengan ujian saringan urin kerana difahamkan mereka yang terpengaruh dalam fahaman IS dikenal pasti turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Penjawat awam yang didapati positif dadah dalam ujian saringan urin ini akan diambil tindakan mengikut Perintah Am sedia ada sebelum saringan keselamatan lebih terperinci dijalankan terhadap mereka,” katanya.

Terdapat kira-kira 5,000 kakitangan awam di Melaka. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=wp9NvZ0ipyA

Tags: MilitanPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd