• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Antara 83 Penerima Darjah, Pingat Kemahkotaan Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, putera sulung Sultan Johor, mendahului senarai 83 penerima darjah dan pingat hari ini sempena kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Isnin lepas.

Tunku Ismail dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J).

Turut menerima S.M.I.J ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim, bonda Sultan Johor Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli turut menerima S.M.I.J.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Marsan Kassim.

D.M.I.J membawa gelaran Dato’.

Sementara itu, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Latiff Yusof, Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor Brig Jen (B) Datuk Ali Musa dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Amran A. Rahman menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.I.J).

Sementara itu, 69 orang menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II).

Antara yang menerima P.S.I II ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Abd Rahman Mohamed Dewam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Mohd Khairi Yakub dan Pengarah Muzium Diraja Abu Bakar Datuk Paiman Keromo.

Turut menerima P.S.I II adalah kesemua sepuluh anggota exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md. Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyananthan; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat; dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ismail Mohamed.

Majlis pengurniaan darjah dan pingat itu berlangsung di Istana Besar, di sini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Bfdx0Gj6W88

Tags: JohorTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd