APABILA disogok pertanyaan tentang masa depan Pakatan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak pasti tentang arah tuju gabungan tersebut.
Ia berikutan perbalahan yang berlarutan selepas DAP menentang cita-cita PAS mahu membawa Rang Undang-Undang Hudud ke Parlimen untuk dibahaskan.
[BERKAITAN: Hadi Awang Akan Teruskan Hasrat Bentang Hudud Di Parlimen]
Memetik kenyataan ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang yang disiarkan portal The Malaysian Insider, “Masa depan saya tidak tahu. Dalam perjuangan tiada yang mudah, Insya Allah ada alternatifnya.”
Tambah Abdul Hadi, parti itu sentiasa membuka pintu untuk perbincangan bersama mana-mana pihak tentang perkara tersebut.
“Saya sedia berbincang dengan semua – kerajaan, bukan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, saya terbuka untuk berbincang.”
Hubungan DAP dan PAS semakin teruk apabila Abdul Hadi tetap bertegas untuk membentangkan rang undang-undang hudud bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, sekaligus membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan dilaksanakan mengikut perundangan Islam.
Tidak bersetuju dengan hasrat PAS dan mengatakan ia bukanlah sebahagian dasar bersama Pakatan, DAP kemudiannya mengeluarkan kenyataan mahu menamatkan hubungannya dengan Hadi.
– MYNEWSHUB.CC
Rakaman Audio Dakwaan Suara Mat Sabu Nak Jatuhkan Abdul Hadi
https://www.youtube.com/watch?v=ymqUFtafu40

