• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Slogan ‘Kita Lawan’ Kontinjen Sukma Selangor Cetus Kontroversi

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kontroversi #KitaLawan memasuki fasa baharu apabila kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan slogan tersebut di kalangan atletnya yang akan beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma 2016) di Sarawak.

Slogan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari selepas mempengerusikan mesyuarat dengan persatuan sukan di negeri itu pada Jumaat.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), Datuk Yeoh Choo Hock tidak bersetuju dengan penggunaan slogan tersebut.

Beliau menegaskan sukan tidak patut dicampur-adukkan dengan politik.

“Mereka (kerajaan Selangor) perlu memberikan perhatian lebih tinggi kepada semangat sukan dan tindakan cuba melibatkan lebih ramai atlet muda dalam perjuangan politik mereka adalah tidak wajar,” katanya.

Chef-de-Mission Malaysia untuk Sukan Komanwel New Delho 2010, Tan Sri Abdul Halil Mutalib berkata adalah jelas slogan tersebut berbaur politik.

“Suka atau tidak, apabila anda meletakkan apa-apa konotasi, orang ramai akan melihat ia sebagai (sesuatu) politik,” katanya.

Bekas Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Zafarul Akbar Kassim berkata sukan perlu dijadikan platform untuk memupuk nilai-nilai positif.

Katanya, Majlis Sukan Negeri Selangor tidak layak untuk memimpin kontinjen Selangor dalam temasya Sukma, salah satu acara sukan terbesar di negara ini.

Atlet gimnas elit kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi turut menyatakan kekecewaannya dengan berkata ia satu penghinaan terhadap Selangor untuk melibatkan atlet muda dalam pertelagahan politik.

“Atlet gimnas bertanding dalam Sukma seawal usia 12 tahun dan adalah tidak adil untuk memanipulasi mereka dalam sebarang motif politik,” katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman menggesa tindakan diambil terhadap Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Ia melampau. Tindakan itu menunjukkan Selangor begitu terdesak. Mereka sepatutnya menjaga kebajikan rakyat.

“Secara tidak langsung, mereka mendidik generasi muda untuk memberontak dan saya berharap Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=tKHCoVO3dP0

Tags: selangorSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd