• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Warga Asing Antara Ditangkap Dalam Ops BAH 10

oleh AK-47
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di Dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10 lewat pagi Sabtu, seramai tiga orang warga asing dari Indonesia dan Thailand telah ditangkap melakukan kesalahan.

Jurucakap media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata daripada 30 warga asing yang diperiksa, hanya tiga orang warga asing didapati bersalah di bawah Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, kesalahan tiada dokumen dan Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tinggal lebih masa.

Serbuan oleh pihak DBKL dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini dilakukan di dua lokasi iaitu Queensway Club dan GN Diversified Sdn Bhd (MyRoom Club).

Selain tiga warga asing itu, turut dilihat ramai anak muda Melayu yang terlibat dalam aktiviti di pusat hiburan.

Mereka kebanyakannya melakukan aktiviti yang dilarang seperti minum arak dan juga terdedah kepada melakukan aktiviti maksiat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Sosio Ekonomi, Datuk Nor Aini Abd Wahab berkata operasi bersepadu awal pagi semalam disasarkan di kawasan pusat-pusat hiburan.

“Ini kerana kawasan hiburan seperti pusat dangdut, karoke dan kelab malam didapati menjadi punca berlakunya pelbagai masalah sosial,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Tambahnya, kawasan hiburan yang diserbu dikenalpasti menjalankan aktiviti haram selain tidak mempunyai lesen perniagaan dan menyalahgunakan lesen-lesen hiburan.

“Kita lihat pusat hiburan yang diserbu rata-rata melakukan aktiviti sosial seperti penagihan dadah.

“Selain mengesan aktiviti dadah, kita telah merampas barang-barang di kawasan hiburan yang tidak mempunyai lesen yang sah.

“Barangan rampasan akan dilupuskan dalam tempoh tiga bulan sekiranya tidak dituntut oleh pengusaha pusat hiburan tersebut,” katanya lagi dalam sidang media yang sama.

Katanya operasi itu akan diteruskan agar masalah sosial di ibu kota dibendung daripada terus menular dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja.

Sumber: FMT

https://www.youtube.com/watch?v=92gaQWODmYE

Tags: DBKLoperasiPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd