• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP S’wak Keluar Pakatan: Azmin Enggan Nyata Pendirian PKR

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini enggan menyatakan pendirian parti itu berhubung tindakan DAP Sarawak menarik diri daripada kerjasama politik Pakatan Rakyat (PR).

Beliau setakat menyatakan pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan bagi sebarang isu berkaitan kerjasama PR dengan DAP dan PAS.

Beliau cuba mengelak dari menyentuh isu berkenaan dengan mengatakan perkara tersebut boleh dibincangkan dalam forum yang lain.

“Tak apalah, kita bincang (mengenai tindakan DAP Sarawak keluar PR) dalam forum yang lain. Semuanya berada dalam keadaan baik.

“Saya sedia maklum dengan tindakan itu dan semua masalah boleh diselesaikan dengan keadaan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik di Bandar Parklands di sini.

Mohamed Azmin berkata, beliau tetap akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan PAS seperti sebelumnya.

Menurutnya, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk menyelesaikan isu tersebut.

DAP Sarawak mengumumkan keputusan keluar daripada kerjasama PR semalam kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pengumuman yang dibuat Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen itu dikatakan mendapat persetujuan sebulat suara kepimpinan DAP negeri.

Mereka mendakwa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila mahu melaksanakan undang-undang berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan perjanjian penstrukturan industri air Selangor hanya akan dimuktamadkan pihaknya sekiranya kerajaan persekutuan berpegang pada syarat asal.

Menurut beliau, pihaknya dijangka mengadakan pertemuan seterusnya dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili minggu depan bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenainya.

“Kerajaan negeri akan meneruskan rundingan tersebut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan yang diwakili Ketua Setiausaha Kettha Datuk Loo Took Gee, Isnin lepas,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd