
GARA-GARA tidak dibenarkan membuat persembahan di Malaysia, sebuah kumpulan muzik metal bertindak biadap memuatnaik gambar Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di fanpage Facebook mereka.
Carcass, kumpulan metal ekstrem British yang tidak diluluskan visa ke negara ini untuk membuat persembahan pada Mei depan kerana lirik berbaur ganas, turut menyindir kerajaan Malaysia sebagai ketinggalan zaman dan mengejek bahawa mereka sudah pun ‘terlepas’ ke negara ini tahun lepas.
Tindakan Carcass ini bagaimanapun nyata tak disenangi oleh peminatnya baik dari negara ini mahu pun negara luar kerana dianggap memalukan dan ia disuarakan menerusi komen-komen yang ditinggalkan.
Bagi kami secara tak langsung ini membuktikan pilihan kerajaan untuk mengharamkan konsert Carcass memang tepat.
Kat sini dah nampak budaya kurang ajar pada band ini yang mungkin mampu mempengaruhi anak muda kita kalau dibiarkan, betul tak?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi
