• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Scotland Buat Rayuan Terakhir

oleh Ahmad Albab
18/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

EDINBURGH – Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond semalam membuat rayuan terakhir kepada penduduk negeri itu agar menyokong kemerdekaan, sehari sebelum mereka mengundi sama ada mahu memutuskan penyatuan selama 300 tahun dengan United Kingdom (UK).

“Bangunlah pagi Jumaat ini (esok) pada hari pertama di sebuah negara (baharu) yang lebih baik (Scotland). Bangun dan ketahui andalah yang menjadikan ini satu realiti,” kata pemimpin tersebut dalam sepucuk surat peribadi kepada para pengundi.

Dalam suratnya, Salmond turut meminta pengundi agar yakin pada diri sendiri dan menolak segala kenyataan bersifat terdesak dan tidak munasabah dari London bertujuan untuk menakutkan mereka.

“Setiap negara tentunya akan membuat silap. Scotland juga akan berdepan dengan pelbagai cabaran getir tetapi siapakah yang paling layak untuk menentukan masa depan kita jika bukan diri kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, beberapa tinjauan pendapat menunjukkan keputusan yang hampir setara sekali gus menjadikan referendum hari ini agak sukar untuk diramal.

Satu kaji selidik terbaharu merangkumi enam tinjauan pendapat oleh profesor Universiti Strathclyde, John Curtice pula mendapati 51 peratus penduduk Scotland menolak kemerdekaan manakala 49 peratus lagi menyokong.

Hampir 4.3 juta penduduk di Scotland berdaftar akan mengundi pada referendum hari ini.

Mereka perlu menjawab ya atau tidak pada soalan “Adakah Scotland perlu merdeka?”. – dpa

 

Tags: Scotland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

10/03/2023
0

LONDON : Seorang pakar UFO mendakwa berjaya menyelesaikan salah satu misteri makhluk asing terbesar dalam sejarah United Kingdom (UK) selama...

Tawaran Lumayan Untuk Jaga Rumah Berhantu

19/06/2017
0

EMPAT sekeluarga dari Scotland menawarkan wang tunai sebanyak £50,000 (RM273,353) setahun bagi mencari pengasuh/pembantu rumah yang sudi bekerja di kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd