Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara 6 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang tidak serik selepas baharu dua minggu dibebaskan...

Pekerja Kontrak Maki Polis...

KUALA LUMPUR - Berang keretanya ditunda polis trafik kerana menghalang lalu lintas di...

Kesepakatan, Perpaduan Tunjang Kekuatan...

SANDAKAN - Kesepakatan dan perpaduan menjadi tunjang utama kepada UMNO Sabah dalam menyelesaikan...

LG Perkenal Model TV...

SEOUL — Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh...

Pemimpin Scotland Buat Rayuan Terakhir

EDINBURGH – Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond semalam membuat rayuan terakhir kepada penduduk negeri itu agar menyokong kemerdekaan, sehari sebelum mereka mengundi sama ada mahu memutuskan penyatuan selama 300 tahun dengan United Kingdom (UK).

“Bangunlah pagi Jumaat ini (esok) pada hari pertama di sebuah negara (baharu) yang lebih baik (Scotland). Bangun dan ketahui andalah yang menjadikan ini satu realiti,” kata pemimpin tersebut dalam sepucuk surat peribadi kepada para pengundi.

Dalam suratnya, Salmond turut meminta pengundi agar yakin pada diri sendiri dan menolak segala kenyataan bersifat terdesak dan tidak munasabah dari London bertujuan untuk menakutkan mereka.

“Setiap negara tentunya akan membuat silap. Scotland juga akan berdepan dengan pelbagai cabaran getir tetapi siapakah yang paling layak untuk menentukan masa depan kita jika bukan diri kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, beberapa tinjauan pendapat menunjukkan keputusan yang hampir setara sekali gus menjadikan referendum hari ini agak sukar untuk diramal.


Satu kaji selidik terbaharu merangkumi enam tinjauan pendapat oleh profesor Universiti Strathclyde, John Curtice pula mendapati 51 peratus penduduk Scotland menolak kemerdekaan manakala 49 peratus lagi menyokong.

Hampir 4.3 juta penduduk di Scotland berdaftar akan mengundi pada referendum hari ini.

Mereka perlu menjawab ya atau tidak pada soalan “Adakah Scotland perlu merdeka?”. – dpa

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori