• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Pukat Tunda Pantai Timur Diberi Peranti Penyu

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kira-kira 300 nelayan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) di pantai timur akan diberi Peranti Penyisih Penyu (TED) bagi mengelak spesies itu atau mamalia marin lain daripada terperangkap dalam pukat tunda.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Badar, Pertanian Dan Indsutri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata ia akan diberikan Jabatan Perikanan secara sukarela.

“Sebanyak 284 nelayan PTMT di perairan pantai timur akan menerima TED. Ia secara keseluruhan melibatkan anggaran kos RM200,000,” katanya kepada pemberita selepas melancaran penggunaan TED ke atas PTMT negeri di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan TED bernilai RM500 seunit kepada enam nelayan PTMT Pahang.

Mengikut rekod Jabatan Perikanan, 97 PTMT berdaftar di Pahang, Terengganu (43 buah), Kelantan (67 buah) dan Johor (77 buah).

TED merupakan alat daripada aluminium atau galvani yang diletakkan di bahagian hadapan keroncong pukat tunda yang mempunyai ‘jendela’ untuk membolehkan penyu keluar daripada terperangkap dalam pukat.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain dalam ucapannya berkata hasil kajian penggunaan TED selama tiga tahun ke atas nelayan PTMT, menunjukkan hasil tangkapan mereka lebih banyak berbanding sebelumnya.

Katanya penggunaan alat itu juga dapat menurunkan tangkapan ikan baja selain menggurangkan penggunaan diesel untuk bot.

“Ia berikutan penggunaan TED akan menjadikan hasil tangkapan lebilh bersih dan berkualiti disebabkan dapat mengurangkan bebanan bot seperti sampah, kotoran masuk ke bahagian keroncong pukat, manakala objek besar akan terkeluar dari pukat semasa menunda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd