• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Nafi #KitaLawan Ganggu Majlis Anak Perempuan PM

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan perhimpunan #KitaLawan di ibu negara esok mahu menganggu majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mendakwa, PKR mengarahkan ahlinya menyertai perhimpunan itu semata-mata mahu mendesak pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana meliwat.

“PKR menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan #KitaLawan pada 28 Mac 2015 kerana perjuangan gerakan massa tersebut selaras dengan pendirian parti yang menentang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Hasutan dan kekerasan polis.

“PKR turut mengerahkan anggotanya untuk hadir perhimpunan ini bagi menuntut pembebasan Ketua Umum PKR,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan Ketua NGO Jingga 13, Fariz Musa bahawa peserta perhimpunan itu akan berarak dari Sogo ke KLCC bagi ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan Najib.

“Kita merancang berarak ke KLCC untuk ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan Najib, tetapi saya jangka akan ada penghalang dipelbagai tempat,” kata Fariz seperti dilaporkan beberapa media baru-baru ini. – MYNEWSHUB.cc

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd