• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Rayuan Pendakwa Terhadap 21 Peserta Nyalaan Lilin

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan 21 orang yang menyertai acara nyalaan lilin enam tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki, yang mengetuai panel tiga anggota, memutuskan bahawa rayuan pendakwa adalah tidak sempurna selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan peguam Gobind Singh Deo.

Gobind Singh berhujah bahawa pendakwa telah tidak mematuhi arahan mahkamah supaya memfail petisyen itu selewat-lewatnya 18 Feb. Petisyen rayuan itu difailkan pada 25 Mac.

21 orang itu ialah MP Petaling Jaya Utara Tony Pua; bekas anggota exco Selangor Ronnie Liu Tian Khiew; ADUN Kampung Tunku Lau Weng San; padri Katholik Rev Paulino Francesco Miranda.

K. Raman; G. Ramish; Augustine Gun; Andrew Ng; Ashok Kandiah; Lim Chen Inn; Ooi Suan Huah; Ambrose Poh; Johny Andu; K. Thenagaran; Ong Boon Keong; Mohd Fasya Tajudin; Goh Jin Kiat; Henry Hor; Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil; Goh Chien Yee dan Tiew Way Keng.

Dua lagi angota panel ialah Hakim-hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Gobind Singh memberiahu mahkamah bahawa di bawah Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, sesuatu rayuan dianggap ditarik balik jika petisyen rayuan tidak difailkan.

Beliau berkata sekalipun pihak pendakwaan diberitahu menerusi sepucuk surat mengenai perkara itu, pendakwaan tidak memohon lanjutan masa bagi memfail petisyen rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berkata beliau tidak mengetahui tentang arahan mahkamah itu. Beliau kemudian memohon kepada mahkamah lanjutan masa untuk memfail petisyen rayuan.

Seorang lagi peguam, Francis Pereira, memberitahu mahkamah bahawa semasa pengurusan kes pada 21 Jan, timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam tidak memberitahu pihak-pihak berkenaan tentang arahan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif untuk pendengaran rayuan diteruskan hari ini.

21 orang itu diddakwa di Mahkamah Sesyen pada Januari 2009 di bawah Akta Polis 1967 yang dimansuhkan kerana dikatakan mengambil bahagian dalam acara nyalaan lilin sempena ulang tahun perhimpunan Bersih di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya antara 9.50 malam hingga 10.10 malam 9 Nov, 2008.

Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya membebaskan mereka dan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan itu. – BERNAMA

Tags: mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd