• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Tak Buat Sewa Rumah, Bil Penyelenggaraan Naik

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menaikkan kadar sewa rumah dan bil penyelenggaraan kerana hartanah yang dikategorikan sebagai kediaman dikecualikan daripada cukai tersebut, demikian menurut kastam.

Penolong Kanan Pengarah Kastam Sektor Hartanah, Kontraktor dan Profesional, Raizam Mustapha, berkata pembangunan tanah atau bangunan yang digunakan bagi tujuan kediaman, tanah pertanian atau kegunaan am tidak dikenakan sebarang GST.

“Sebarang hartanah di Malaysia yang dikategorikan sebagai rumah kediaman is exempted (dikecualikan) daripada GST.

“Sementara bangunan yang tidak disifatkan sebagai bangunan kediaman dianggap komersial dan ia tertakluk kepada GST sebanyak enam peratus,” katanya dalam taklimat media GST berkaitan sektor hartahan dan perumahan di sini, hari ini.

GST akan mula dilaksanakan 1 April ini pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Mengulas mengenai bil penyelenggaraan, Raizam berkata ia turut dikecualikan daripada GST bagi mengelak penghuni khususnya kediaman berstrata terbeban dengan sebarang kenaikan jika ada.

Beliau menjelaskan sebarang bayaran berkaitan bil penyelenggaraan bangunan ditentukan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan dan ia tidak harus dikaitkan dengan pelaksanaan GST.

Beliau berkata pada ketika ini JMB atau MC dikecualikan daripada berdaftar dengan GST, maka tidak sewajarnya berlaku kenaikan bayaran bil penyelenggaraan.

“Untuk tujuan pembersihan, JMB atau MC ini boleh dapatkan perkhidmatan daripada pihak (syarikat) yang tidak berdaftar dengan GST iaitu yang mempunyai perolehan tidak lebih RM500,000,” katanya.

Selain itu Raizam berkata di bawah era GST, pemaju kawasan perumahan boleh menuntut balik kos bagi pembinaan kemudahan awam seperti sekolah, taman perumahan, rumah agama dan jalan raya daripada kerajaan menerusi cukai input.

Bagaimanapun, jelasnya tuntutan sebanyak enam peratus itu hanya layak dibuat jika pemaju terbabit menyerahkan semua kemudahan awam yang didirikan itu kepada kerajaan. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd