SUSULAN tersebarnya harga baru rokok yang kononnya akan berkuatkuasa bermula 1 April depan, syarikat tembakau British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengeluarkan kenyataan bahawa ianya adalah berita palsu.
BACA: Betul Ke 1 April Ini Rokok Naik Harga Lagi..?
Dalam satu gambar salinan kertas memaparkan jenis rokok dan harga ‘baru’ yang tersebar di media sosial sejak Selasa, antara rokok yang didakwa bakal dinaikkan harga hingga mencecah antara RM14 hingga RM16 adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike dan Pall Mall.
Kesemua jenama rokok ini merupakan produk tembakau di bawah BAT Malaysia, justeru satu laporan polis telah dibuat syarikat terbabit.
Apa pun harus diingat, yang tak naik cuma harga rokok je… kesan buruknya tetap sama hokay!
– MYNEWSHUB.CC
Video Pasal Rokok Paling Kejam, Siapa Gelak Takde Hati Perut..
https://www.youtube.com/watch?v=BvB5ufSQFT0


