• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

” Calon Bukan Tak Pandai Ceramah Cuma Kami Simpan Dia “

oleh AK-47
17/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menafikan calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim tidak pandai berceramah sehingga menjadikan suasana kempen ‘lesu’.

Pengarah Jawatankuasa Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri dalam berkempen iaitu mendekati pengundi di peringkat akar umbi dengan membuat lawatan rumah ke rumah.

“Tok Wan Di (Wan Rosdi) mempunyai latar belakang agama. Dia boleh berceramah, bagaimanapun kami menyimpannya seperti ‘anak teruna’.

“Fokus calon kami adalah bertemu orang ramai, jadi kita tidak akan mengganggunya dengan program-progam kempen. Dia tidak akan memainkan isu,” katanya pada sidang media harian di Markas Besar PAS di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kempen PAS yang dilihat tidak serancak Barisan Nasional (BN) kerana calonnya yang dilihat tidak agresif dalam berkempen, khususnya ketika menyampaikan ceramah.

Sebaliknya, Wan Abd Rahim berkata, slot kempen ceramah PAS akan diisi oleh penceramah yang terdiri daripada pimpinan tertinggi parti.

Mengulas lanjut beliau berkata, kempen secara senyap dan tidak mendapat liputan media adalah disengajakan.

“Bila calon kita pergi rumah ke rumah, ia tidak diberi fokus atau perhatian. Dia pergi secara senyap tanpa diketahui pihak media,” katanya.

Menurutnya, PAS menyasarkan untuk berjumpa dengan 75 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Difahamkan, setakat ini PAS telah bertemu dengan 50 peratus daripada pengundi di DUN Pengkalan Kubor.

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd