• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kreativiti Dikekang, Pengarah 50 Shades Of Grey Tak Arah Sequel

oleh AK-47
26/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH filem erotik, 50 Shades of Grey, Sam Taylor-Johnson dilaporkan tidak akan kembali mengarahkan sequel filem tersebut seperti mana yang didedahkan oleh pihak produksi filem itu.

Walaupun akan meninggalkan pengarahan filem itu, Sam tetap memberikan ucap selamat buat semua pelakon dan krew yang bakal terlibat dalam penggambaran sequel itu, 50 Shades of Darker pada masa akan datang.

Khabar angin mengatakan tindakan Sam meninggalkan siri francais filem itu adalah disebabkan kreativitinya sepanjang mengarahkan filem 50 Shades of Grey itu telah dikekang oleh penulis novel itu sendiri, E.L James.

Tidak menafikan perkara itu, Sam mengakuinya sambil berkata, “ianya sangat susah, saya tidak akan menipu. Kami selalu bergaduh, tapi ianya melibatkan daripada aspek kreativiti filem itu yang selalunya di kemudian hari kami dapat menyelesaikan perbalahan tersebut”.

Sam yang merupakan isteri kepada aktor Aaron Taylor-Johnson sebelum ini dikatakan tidak bersetuju dengan skrip filem terbabit yang mengikut 100 peratus seperti yang terkandung dalam novel terlaris di pasaran itu.

Menurut sumber seperti yang dipetik menerusi portal E Online, “Sam tidak mengemari skrip filem itu. E.L James mahukan filem itu keseluruhannya sama seperti kandungan dalam novel, namun Sam mempunyai perspektifnya sendiri sebagai seorang pengarah”.

“Sam banyak kali mengingatkan E.L James yang dia penulis novel sementara dia pembikin filem. Perkara ini yang sering kali tercetusnya perbalahan di antara mereka,” kata sumber itu lagi.

Walaupun Sam dilaporkan tidak lagi mengarahkan filem itu, namun dua pelakon utamanya Jamie Dornan dan Dakota Johnson masih lagi diberi tanggungjawab untuk mengalas peranan sebagai Christian Grey dan Anastasia Steele.

50 Shades of Grey diharamkan tayangannya di Malaysia selepas hampir keseluruhan filem itu mengandungi adegan lucah seperti mana mengikut imaginasi yang dihasilkan oleh penulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FILEMhollywoodpelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd