• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Bilik Gerakan Pantau Aduan Pengguna – Hasan Malek

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan ‘war room’ atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.

Beliau berkata, bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.

“Dalam war room itu kita tempatkan segala kemudahan dan peralatan yang membolehkan setiap laporan yang diterima berhubung tindakan peniaga dikumpul sebelum disalurkan kepada bahagian penguatkuasaan di negeri atau kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

“Kita lakukan demi kebaikan rakyat dan kementerian memerlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan laporan bagi membolehkan tindakan diambil,” katanya,” sambil menambah bilik gerakan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu boleh dihubungi di talian 03-88826245. – mStar Online

Tags: GSTHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd