• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Jangan Mimpi PAS Batal Rancangan Hudud

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan ahli PAS tindakan DAP memutuskan hubungan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan muslihat untuk memecahbelahkan mereka.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, DAP mahu memperlihatkan kononnya Abdul Hadi terpisah daripada PAS sedangkan PAS diketuai oleh presidennya sebagai ketua parti.

“DAP sedang cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan PAS menerusi kaedah “pecah dan perintah” apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.

“Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015),” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Mahfodz, Dewan Ulama PAS Pusat menasihatkan DAP menghormati pendirian PAS untuk memperjuangkan undang-undang Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar PAS.

Beliau turut meminta pimpinan DAP jangan bermimpi di siang hari ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam hanya kerana DAP tidak ,lagi mahu bekerjasama dengan Abdul Hadi.

“Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan pendirian sokongan tidak berbelah bahagi kepada Abdul Hadi selaku Presiden kami,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd