• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Pantau Semua Media Sosial, Elak Disalah Guna – KPN

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau segala jenis media sosial bagi mengelakkan disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan menghasut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika seseorang individu itu ingin menulis sesuatu kenyataan di media sosial, ia haruslah tidak berbaur hasutan.

“Sebagai contoh jika tweet…janganlah sampai menghasut dan menimbulkan kemarahan pihak lain. Kami sebagai penguat kuasa utama akan mengambil apa jua langkah yang patut dalam mengekang perkara ini dan pastikan elemen seperti IS (melalui media sosial) tidak boleh mengancam ketenteraman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Hari Peringatan Polis yang ke-208 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini, Rabu.

Khalid berkata kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau di media sosial seperti Twitter boleh membuat laporan kepada pihak berkenaan (pengendali media sosial).

Sambutan tahun ini yang bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ selari dengan kehendak kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam, dan tema itu juga diambil bertujuan untuk merakyatkan perkhidmatan polis dalam memastikan pemuafakatan PDRM dan masyarakat terus ampuh.

Sementara itu, PDRM sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes penghinaan terhadap agama Hindu yang disebarkan dalam laman sosial Facebook, Isnin lepas.

Khalid berkata individu yang menyebarkan perkara itu akan disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

“Tidak kisah siapa individu itu, kami tetap akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Semalam, Pemuda MIC Kebangsaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung paparan di laman sosial Facebook yang didakwa berunsur penghinaan terhadap agama Hindu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Editor Roketkini akan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap sebuah artikel bertajuk ‘Demo anti-GST’ yang dikeluarkannya Selasa, yang berunsur fitnah.

Katanya individu yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap pasukan keselamatan itu akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Saya dah berkali-kali cakap. Polis bukan bertindak atas arahan mana-mana menteri. Polis menjalankan tugasan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jadi, jangan tuduh polis. Kami mengambil tindakan jika orang itu bersalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: media sosialPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd