• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Anggap Saranan Kit Siang Gimik Politik

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Saranan penasihat DAP Lim Kit Siang bagi pembentukan satu gabungan baharu yang dinamakan “Save Malaysia” tidak lebih daripada gimik politik semata-mata, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa kekal dengan agenda menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat demi kestabilan, dengan hasrat membangunkan negara.

Sedangkan menurutnya saranan pemimpin veteran DAP itu tidak lebih kepada cakap-cakap politik sahaja yang kononnya mahukan perpaduan, namun dari segi amalan tiada apa yang dilakukannya dalam usaha menyatupadukan rakyat.

“Ini politik mereka, dia cakap sahaja. Bila mereka datang ke Sarawak ini kata mereka BN jahat, tapi bila berhadapan dengan masalah, nak berpakat pula,” katanya dalam satu persidangan media selepas menyampaikan sebuah Van Jenazah sabagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Risda kepada Jabatan Kesihatan di sini hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Kit Siang dalam ucapannya di satu majlis ulang tahun DAP Bukit Bintang Ahad lepas menyarankan pembentukan satu gabungan baharu “Save Malaysia” yang mengandungi Anggota Parlimen dari latar belakang politik yang berbeza dalam satu perjuangan bagi menjunjung Perlembagaan Negara dan kedaulatan undang-undang.

Menurut laporan itu, saranan itu dibangkitkan Kit Siang selepas beliau merujuk kepada kemelut dalaman Pakatan Rakyat dan juga pelbagai masalah yang menurutnya sedang dihadapi BN.

Sementara itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata sumbangan van bernilai RM106,770 itu adalah antara komitmen kementerian menjayakan program “Komuniti Sihat Perkasa Negara” (Kospen) yang merupakan sebahagian inisiatif Kementerian Kesihatan menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam negara.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjadi agensi pertama yang melaksanakan kolaborasi dengan Kospen dalam menyediakan akses lebih baik kepada penyaluran dan pembekalan maklumat serta penjagaan kesihatan untuk sampai ke kawasan-kawasan sasaran di peringkat akar umbi, katanya.

Menurut Shafie sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,215 anggota KEMAS dari 550 kampung di seluruh Sarawak menjalani program Kospen yang turut merangkumi pelaksanaan bengkel-bengkel latihan sukarelawan kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi Risda Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohamad yang turut hadir di majlis ini berkata tahun ini Risda memperuntukkan RM1 juta sebagai tanggungjawab CSR syarikat berkenaan, dan antara inisiatif yang sedang dan sudahpun dilaksanakan termasuk bantuan pembelian buku dan juga pembaikan asrama, khusus buat penduduk luar bandar. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd