KEMATIAN Paul Walker benar-benar memberi impak besar kepada rakan pelakonnya, Vin Diesel yang sehingga kini masih lagi terasa kehilangan rakan baiknya itu.
Dalam mengubati kenangannya terhadap Paul, Vin baru-baru ini menamakan cahaya mata ketiganya dengan nama Pauline sempena tribute kepada Paul.
Anak perempuan Vin dilahirkan teman wanitanya pada 16 Mac lalu.
Hunny Madu Ke LA Interview Pelakon Furious 7
Vin turut mempunyai dua lagi anak, Hania Riley Sinclair, 6, dan Vincent Sinclair, 4.
Paul yang sinonim dengan watak Brian O’Connor dalam filem aksi Fast & Furious meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 30 November 2013.
Mendiang sempat berlakon beberapa babak dalam Furious 7 yang bakal ditayangkan di seluruh dunia bermula 3 April ini.
– MYNEWSHUB.CC


