• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan China Tidak Berasas – Jokowi

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Presiden Indonesia, Joko Widodo menegaskan bahawa tuntutan China terhadap sebahagian besar Laut China Selatan tidak mempunyai asas dalam undang-undang antarabangsa.

Beliau bagaimanapun berkata, Jakarta akan tetap memainkan peranan sebagai ‘broker jujur’ bagi menyelesaikan konflik perebutan persempada–nan wilayah maritim paling kontroversi di Asia itu.

“Kawasan Nine-Dash Line yang dituntut China berdasarkan penandaan sempadan maritim mereka tidak mempunyai asas langsung dalam mana-mana undang-undang antarabangsa,” katanya yang popular sebagai Jokowi.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar utama Jepun semasa dalam rangka lawatan kerjanya ke Jepun dan China.

Ini merupakan kali pertama Widodo memberi kenyataan terhadap isu tersebut sejak memegang tampuk kuasa pada Oktober lalu.

China mendakwa 90 peratus kawasan perairan Laut China Selatan yang dipercayai kaya dengan sumber minyak mentah dan gas itu sebagai hak–nya.

Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan turut menuntut hak ke atas perairan tersebut yang merupakan laluan kapal-kapal dagang de–ngan nilai dagangan kira-kira kira-kira AS$5 trilion (RM18.4 trilion) setahun.

Pertikaian wilayah dilihat sebagai salah satu daripada isu panas di Asia yang boleh mengundang senario buruk jika berlaku sesuatu tindakan di luar kawalan memandangkan beberapa negara begitu agresif menuntut hak masing-masing.

“Kami perlukan ke–amanan dan kestabilan di wilayah Asia Pasifik. Amat penting untuk mempunyai kestabilan keselamatan serta politik bagi membina pertumbuhan ekonomi kami,” kata Jokowi dalam kenyataan yang disiarkan akhbar Yomiuri semalam.

Dalam lawatan pertamanya ke Jepun sebagai Presiden, Jokowi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Shinzo Abe dan dua menteri pertahanan bagi menandatangani satu perjanjian pertahanan.

Perjanjian itu adalah usaha terbaru oleh Tokyo bagi menjalin hubungan keselamatan yang lebih erat dengan negara-negara Asia Tenggara dan membina imbangan lawan untuk China. – Reuters

Tags: ChinaJokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd