• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor, Persekutuan Bincang Semula Perjanjian Air

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan hari ini mengadakan perbincangan semula berhubung syarat-syarat perjanjian penstrukturan air di negeri ini.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata perbincangan awal mengenai perkara itu diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Loo Took Gee pagi tadi.

“Perbincangan hari ini bukan antara menteri dan menteri besar, ia antara pegawai tertinggi. Kerajaan negeri diwakili Datuk Khusrin dan saya diberitahu pihak sebelah sana diwakili KSU.

“Saya difahamkan perbincangan pagi tadi merupakan permulaan yang baik dan saya akan buat mesyuarat susulan dengan menteri (berkenaan)…saya harap kita mampu memuktamadkan semua semangat dan prinsip perjanjian ini secepat mungkin,” katanya.

Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program sambutan Hari Air Sedunia 2015 peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.

Pada 9 Mac lepas, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar beberapa terma Perjanjian Utama yang ditandatangani tahun lepas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili menjelaskan kemudian bahawa kerajaan negeri enggan menangani tiga daripada lapan syarat dalam perjanjian utama dengan kerajaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd