• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

249 Pengarah Syarikat Dilarang Keluar Negara – KWSP

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan sebanyak 249 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen dari April hingga Jun lalu bagi menghalang mereka daripada meninggalkan negara.

Ketua Hal Ehwal Korporat KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kesemua pengarah syarikat terbabit dikehendaki menyelesaikan tunggakan caruman KWSP seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

“Tindakan menghalang pengarah syarikat daripada meninggalkan negara merupakan sebahagian daripada usaha gigih penguatkuasaan KWSP dan bukti kesungguhan KWSP melindungi persaraan ahli.

“KWSP ingin mengingatkan semua majikan bahawa simpanan KWSP adalah sumber penting pendapatan persaraan pekerja dan KWSP tidak akan teragak-agak engambil tindakan tegas terhadap majikan dan pengarah syarikat yang gagal membayar caruman bulanan KWSP pekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Affendi turut mengingatkan bahawa Akta KWSP 1991 memperuntukkan semua majikan wajib membayar caruman bulanan berkanun bagi pihak pekerja mereka pada atau sebelum setiap 15 haribulan.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, seramai 114 majikan yang tidak mencarum didenda RM162,200 oleh mahkamah di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991 bagi tempoh sama.

Katanya, sebanyak 270 saman sivil turut difailkan di mahkamah terhadap pengarah syarikat manakala 843 kes jenayah telah difailkan terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP.

“Majikan tidak mencarum kebiasaannya dibenarkan oleh mahkamah untuk menjelaskan tunggakan caruman secara ansuran sehingga enam bulan.

“Dalam tempoh ini, KWSP akan memantau majikan bagi memastikan tunggakan caruman dibayar sepenuhnya. KWSP akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun ahli terbabit setelah semua tunggakan dibayar,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: KWSPPengarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd