• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dibunuh Kerana Dituduh Bakar Al-Quran

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kabul – Sekumpulan aktivis wanita semalam mengusung keranda seorang wanita yang meninggal dunia akibat dipukul hingga mati oleh sekumpulan perusuh.

Upacara pengebumian Farkhunda, 27, di utara Kabul semalam itu dihadiri beratus-ratus penduduk.

Farkhunda meninggal dunia selepas dipukul sekumpulan perusuh yang kebanyakannya lelaki sebelum mayatnya dibakar dan dicampak di dalam sungai Kabul.

Pihak polis kini masih menyiasat punca menyebabkan kumpulan itu menyerang mangsa dengan kejam.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengutuk pembunuhan itu yang dianggap sebagai kejam dan mengarahkan siasatan dijalankan.

Beberapa pegawai dan pemimpin agama mendakwa Farkhunda dibunuh selepas dia membakar al-Quran, tetapi tuduhan itu masih belum dapat dibuktikan.

Ketua jabatan siasatan Kabul, Mohammad Farid Afzali pula mendakwa Farkhunda menghidap satu penyakit mental.

Bagaimanapun, seorang jiran Farkhunda memberitahu wartawan agensi berita Associated Press, mangsa hampir menamatkan pengajian agama dan bakal menjadi guru.

“Semua orang sangat menghormati Farkhunda kerana dia sangat alim dan tidak pernah keluar rumah tanpa menutup mukanya dengan tudung,” kata Mirwais Afizi, 40.

Mirwais berkata, sejak kecil dia tinggal di lorong yang sama dengan kediaman keluarga Farkhunda di sini.

“Kami tidak pernah mendengar cerita bahawa Farkhunda mengalami masalah mental. Dia hampir menamatkan pengajiannya,” tambahnya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, polis menahan tujuh suspek dan meletakkan keluarga Farkhunda di bawah perlindungan polis. – AP

Tags: aktivisAl-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

18/08/2024
0

Meski mengalu-alukan kenaikan gaji penjawat awam, aktivis buruh Callistus Antony D'Angelus berkata bahawa undang-undang yang mengawal pekerjaan sektor swasta perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd