• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Siasat Kes Video Sindir Hudud Sebaik Terima Aduan

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes klip video yang didakwa menyindir pelaksanaan hudud di Kelantan, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata pihaknya telah memulakan siasatan sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai berkenaan video itu.

“Dan kami juga telah menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia untuk menghulurkan bantuan dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyampaikan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dan memohon bantuan SKMM bagi mendapatkan maklumat berhubung akaun di laman YouTube.

Stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris BFM dilapor memuat naik klip video berdurasi satu minit 56 saat bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi?’ yang memaparkan seorang pengacara menyindir pelaksanaan undang-undang Islam itu, sehingga menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial.

Semalam, stesen radio itu menarik semula klip video itu dan memohon maaf dan berkata mereka tidak berniat mempersoalkan hudud, sebaliknya hanya mengajak penonton video untuk bertanyakan soalan berkaitan pelaksanaan hudud, serta isu banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Berikutan penyebaran video itu, wartawan berkenaan menerima pelbagai kritikan termasuk ugutan bunuh.

Halim mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau memaparkan mesej serta kandungan berbaur ugutan dalam talian kerana ia salah di sisi undang-undang.

“Biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan dulu. Beberapa individu di Pulau Pinang telah juga membuat laporan polis berkenaan ugutan bunuh dan rogol berkenaan, dan saya difahamkan pihak polis sedang menyiasatnya,” kata Halim. – BERNAMA

https://youtu.be/RT6m0uKHcZs

Tags: SKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd