• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneraju Utama Cicakman 3 Paling Berpengaruh Di Media Sosial

oleh AK-47
23/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Peneraju utama filem superhero Cicakman 3 yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini, Zizan Razak memiliki jumlah pengikut hampir 7 juta menerusi tiga laman media sosial utama diikuti dengan Lisa Surihani yang berada di tempat kedua.

Kedua-dua mereka ini merupakan artis yang meraih jumlah pengikut lebih 1 juta di tiap-tiap laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Statistik pengikut paling ramai di  media sosial  itu menyenaraikan Top 15 artis paling popular dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai adalah seperti berikut.

paling pengaruh.pngwm

Ternyata dua tonggak utama filem Cicakman 3 ini mendominasi tangga teratas carta diikuti dengan hero Malaya, Aaron Aziz yang berada di tangga ketiga dengan jumlah lebih 5 juta pengikut.

Apakah mereka masih memerlukan bantuan media perdana atau sosial untuk mencapai populariti sebagai seorang selebriti?

Dengan jumlah pengikut mereka yang berjuta-juta itu sahaja nampak gayanya mereka mampu mempengaruhi peminat serta masyarakat dengan sendiri.

Kalau tidak kerana populariti di media sosial, mana mungkin Zizan Razak merangkul anugerah artis berpengaruh di laman media sosial di ABPBH pada tahun 2012.

Lihat saja pasangan selebriti suami isteri, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, masing-masing berada di kelompok Top 5 carta dengan jumlah lebih 4 juta pengikut.

Terbukti populariti mereka ini turut mempengaruhi populariti anak sulung mereka.

schawalara

Si cilik Lara Alana kini memiliki pengikut seramai lebih 300 ribu di laman Instagramnya, tidak lama lagi anak pasangan tersebut pun boleh tersenarai dalam carta sebab popular sangat.

Begitu juga dengan penyanyi nombor satu negara, walaupun berada di tangga ke-9, kerana miliki pengaruh yang kuat di laman sosial Datuk Siti Nurhaliza berjaya merangkul anugerah Bintang Online Meletop baru-baru ini.

Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi yang menduduki tangga ke-14 dengan jumlah lebih 3 juta pengikut, beliau mampu menarik perhatian bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan untuk dijadikan pelapisnya dengan menggunakan media sosial.

Paknil Kim K

Jika kita lihat, zaman kini zaman sosial media, segala uji bakat mahupun peraduan dijalankan menggunakan media sosial terutamanya Instagram.

Jadi, sememangnya populariti artis di media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting terutamanya zaman sekarang.

Antara artis lain yang tersenarai dalam Top 15 itu termasuklah Yuna, Nora Danish, Neelofa, Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Emma Maembong.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nnLxPw2MeXA

Tags: Artislaman sosialmedia sosialpopular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd